UPEN Profile
Director's Message
Background of UPEN
Main Functions of UPEN
Organizational Chart
Director's Message
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt dan Salam Sabah Maju Jaya.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat dan limpah kurnia-Nya, maka Portal Rasmi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah telah dibangunkan dan dilancarkan dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja UPEN yang telah bertungkus-lumus membangunkan portal ini.
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang melayari Portal Rasmi UPEN Sabah. Semoga portal ini dapat menjadi medium komunikasi dalam menyampaikan maklumat dan maklumat kepada pengunjung.
Dengan portal ini, saya berharap pengunjung dapat mengenali UPEN dengan lebih dekat melalui maklumat mengenai fungsi, objektif dan struktur setiap Bahagian, direktori staf, pengumuman terkini, aktiviti serta galeri UPEN. Portal rasmi ini juga merupakan satu inisiatif UPEN untuk menyediakan maklumat berkaitan perancangan pembangunan negeri, maklumat ekonomi, sumber rujukan serta garis panduan berkaitan. Di samping itu, ia juga menyediakan pautan Sistem Maklumat Ekonomi dan Pembangunan Projek Sabah (SMEPPS) untuk pegawai pembangunan Kementerian, Jabatan dan agensi Negeri.
Akhir sekali, saya berharap agar maklumat yang disediakan di portal ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung. UPEN juga mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan, pendapat dan komen yang membina bagi membantu UPEN menambahbaik dan memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan di portal ini.
Terima kasih dan selamat melayari Portal Rasmi Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Sekian, terima kasih.

YBHG. DATUK JASMINE TEO
PENGARAH
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SABAH
Director's Message

Main Functions of UPEN
Sectoral Planning Division
Macro Planning Division
Policy Division
![]()






