Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah Pendekatan Keseluruhan Kerajaan (Whole of Government approach)?
Pendekatan keseluruhan kerajaan merupakan pendekatan bersepadu yang memerlukan agensi bekerja merentasi sempadan portfolio serta merentasi peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Ianya adalah bagi memastikan isu-isu ditangani dengan mengutamakan rakyat sebagai pelanggan.
1. Apakah Pendekatan Keseluruhan Kerajaan (Whole of Government approach)?
Pendekatan keseluruhan kerajaan merupakan pendekatan bersepadu yang memerlukan agensi bekerja merentasi sempadan portfolio serta merentasi peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Ianya adalah bagi memastikan isu-isu ditangani dengan mengutamakan rakyat sebagai pelanggan.
2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan menyeluruh penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan?
Penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan melibatkan perubahan kaedah tradisional kepada moden dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium penting. Bagi melaksanakan tugas dan fungsi ini, kerajaan telah melantik Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai agensi pelaksana bagi Pejabat Ketua Maklumat Kerajaan (GCIO). MAMPU akan turut serta terlibat dengan agensi pusat lain seperti Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam dalam menggubal dasar dan polisi berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan termasuk polisi berkaitan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang, perolehan ICT serta tadbir urus ICT Sektor Awam.
3. Apakah kepentingan Ekonomi Digital kepada pembangunan ekonomi negara?
Ekonomi Digital telah dikenalpasti sebagai salah satu penyumbang kepada pembangunan negara untuk menjadi peneraju industri baharu tersebut di peringkat global selaras dengan trend utama dunia. Dalam tempoh ini, perbincangan sedang giat dilaksanakan bersama semua pihak yang berkepentingan dalam memastikan agenda berkaitan ekonomi digital diambil kira dan dirancang bersesuaian dengan perubahan teknologi serta pekembangan pembangunan di negara lain di peringkat global supaya Malaysia tidak ketinggalan dan boleh mengambil manfaat secara terancang dan efektif.
4. Prestasi umum negara dalam mencapai pertumbuhan hijau
Malaysia sebagai salah sebuah daripada 17 buah negara megadiverse countries sedang bergelut dengan cabaran untuk melindungi anugerah semula jadinya bagi memastikan sumber semula jadi digunakan secara mampan supaya tidak menjejaskan keperluan generasi masa akan datang. Dari segi pemeliharaan kawasan semula jadi, usaha dapat dilihat di mana sehingga tahun 2015, 54.6% daripada kawasan bertanah di Malaysia kekal sebagai kawasan berhutan manakala jumlah kawasan terestrial dan air daratan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan meningkat daripada 10.8% pada tahun 2013 kepada 12.1%. Sementara itu, jumlah kawasan terestrial dan air daratan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan juga turut meningkat daripada 10.8% pada tahun 2013 kepada 12.1% pada tahun 2015. Selain daripada itu, tumpuan turut diberikan untuk menyediakan asas bagi pelaksanaan inisiatif pertumbuhan hijau di mana pendekatan proaktif telah diambil untuk memangkin pewujudan pasaran hijau dengan melaksana perolehan hijau Kerajaan. Pada tahun 2017, sebanyak 21% daripada perolehan Kerajaan yang melibatkan 20 produk dan perkhidmatan terpilih adalah perolehan hijau berbanding sasaran awal sebanyak 20%.
5. Apakah ancaman global terhadap kepelbagaian biologi?
Kehilangan biodiversity menyebabkan :
Fragmentasi & kehilangan habitat, pencemaran perubahan iklim penggunaan tidak mampan pertumbuhan populasi / pembandaran / penggunaan yang lebih tinggi.
Pemerdagangan haram kehidupan liar / kepupusan spesis / spesis asing yang invasif memberi kesan kepada rantaian makanan dan menjejaskan ekosistem.
Memberi kesan kepada keperluan asas yang menyokong kehidupan manusia (kesihatan manusia, penyakit berjangkit, pertanian, spiritual dan budaya, perniagaan, reakriasi dan pelancongan)
![]()

