Peta Laman

Soalan Lazim

Maklumbalas

Peta Alamat

Foto Tahun 2024

Foto Tahun 2026

Foto Tahun 2025

Foto Tahun 2024

Kerajaan Negeri Sabah telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) bersama Kementerian Ekonomi di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu - 19 Disember 2024
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menerima kunjungan hormat daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Junady Nawawi. Kehadiran delegasi TERAJU disambut oleh YBhg. Datuk Jasmine Teo, Pengarah UPEN dan turut hadiri oleh Timbalan Pengarah Dasar, Timbalan Pengarah Makro, Ketua Penolong Pengarah Seksyen PS dan PSSE serta wakil Seksyen DP - 18 Disember 2024
Bengkel Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bil. 1/2024 - 5 sehingga 6 Disember 2024
Lawatan kerja ke Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN) tanaman nanas MD2 di Kampung Gana, Kota Marudu bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Seksyen PSSE dan Seksyen Pertanian UPEN - 5 Disember 2024
Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah telah menerima kunjungan peserta-peserta Program BIMB Securities' Visit To Sabah: Exploring Economic And Investment Opportunities. Rombongan yang diketuai oleh CEO BIMB Securities ini terdiri daripada wakil BIMB Securities, BIMB Investment, KWSP, Amanah Raya Investment Management Sdn. Bhd. (ARIM), Permodalan BSN Berhad (PBSN), Bank Muamalat, Lembaga Tabung Haji, Bank Islam dan diiringi oleh pihak SEDIA - 4 Disember 2024
Bengkel Penyelarasan Pelan Tindakan Hasil Kajian Study On The Potential Impact Of The Relocation Of Indonesia Capital To Kalimantan On Sabah bertempat di Kinabatangan Hall II, Sabah International Convention Center (SICC) - 3 Disember 2024
Program Orientasi Perkhidmatan Up-Skilling dan Re-Skilling Pegawai Pembangunan siri 1 - 2024/2025 - 26 sehingga 28 November 2024
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSe) telah menganjurkan Program Permukiman Penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu - 2 sehingga 3 Oktober 2024
Simposium Kebangsaan Menoktahkan Kemiskinan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - 30 September 2024
Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen P.170 Tuaran kepada YBhg. Datuk Jasmine Teo, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) - 9 September 2024
Sesi Bengkel Pemurnian Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Mengikut Daerah Pentadbiran, 2015-2020 telah diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Putrajaya pada 3 hingga 4 September 2024 (Selasa & Rabu). Sesi bengkel ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Dasar) UPEN, Encik Tseu Kei Yue dan wakil daripada Seksyen Dasar & Penyelidikan iaitu Puan Melanie Lai dan Puan Kartini Binti Abdul Karim - 3 sehingga 4 September 2024
Kunjungan Hormat daripada Konsul Agung Negara Brunei Darussalam yang baharu iaitu Yang Mulia Dayang Fauzana Octavia binti Haji Alli kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), Datuk Jasmine Teo - 28 Ogos 2024
Mesyuarat Tim Teknik Dan Sidang Ke-26 (7) KK/JKK Pembangunan Sosio Ekonomi Malaysia-Indonesia Peringkat Provinsi Kalimantan Utara / Negeri Sabah 2024 (SOSEK-MALINDO) telah berlangsung di Balikpapan, Indonesia - 16 sehingga 18 Julai 2024
Kunjungan Hormat Pegawai Kewangan Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), Datuk Jasmine Teo - 1 Julai 2024
Sesi Latihan Sistem Maklumat Ekonomi dan Projek Pembangunan Sabah (SMEPPS) kepada Pegawai Pelapor peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi negeri telah diadakan di Multi Purpose Hall, Aras 6, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Menara Kinabalu - 2 sehingga 3 julai 2024
Closed Door Consultation Antara United Nation Country Team (UNCT) Bersama Agensi Kerajaan Mengenai Kertas Bersiri “ The Undocumented Population in Sabah” di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu - 28 Jun 2024
Taklimat Pembangunan "Jordan's Economic Modernization Vision" kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) oleh Ernst & Young Malaysia - 24 Jun 2024
Sesi Latihan Sistem Maklumat Ekonomi dan Projek Pembangunan Sabah (SMEPPS) kepada Pegawai-Pegawai UPEN telah diadakan di Multi Purpose Hall, Aras 6, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), Menara Kinabalu - 12 Jun 2024
Mesyuarat Penyelarasan Kursus Literasi Kewangan Kepada Peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) / Bantuan Miskin Tegar (BMT) Negeri Sabah - 29 April 2024
Kelab UPEN telah menganjurkan Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk sebagai pengisian bulan Ramadan Al Mubarak - 28 Mac 2024
Kunjungan hormat pihak Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri - 18 Mac 2024
Sesi Libat Urus Projek Penambahbaikan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Kebangsaan (NMPI) Kementerian Ekonomi dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) bersama Kerajaan Negeri Sabah - 22 Februari 2024
Lawatan Bagi Tapak Cadangan Pembinaan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu dan daerah Papar. Tujuan lawatan ini adalah untuk tinjauan dan penilaian tapak yang telah dicadangkan - 30 Januari 2024
Timbalan Pengarah Dasar (TPD) Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Celestina Aron telah mewakili Kerajaan Negeri Sabah menyertai Delegasi Malaysia ke sesi Pembentangan Laporan Negara dan interaktif antara Malaysia (State under Review - SuR) dengan negara - negara anggota Pertubuhan Bangsa - Bangsa (PBB) di Geneva, Switzerland - 25 Januari 2024.

Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Cadangan Permohonan Program/Projek Pembangunan KKDW Bagi Rolling Plan ke-5 (RP5 TAHUN 2025, RMKe-12) yang diadakan di Johor dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - 22 Januari 2024

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan bengkel dalaman kepada pegawai-pegawai UPEN bagi memperkukuhkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang mendalam kepada semua pegawai khususnya mengenai proses dan kerja perancangan pembangunan negeri bagi program dan projek biayaan Kerajaan Negeri & Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) - 4 sehingga 5 Januari 2024

Loading